The Search
Bandar Raya New York
bandar di Amerika Syarikat
Bandar Raya New York atau Kota Raya New York merupakan bandar raya yang paling ramai penduduk di negara Amerika Syarikat (AS) dan juga pusat kawasan metropolitan New York, salah sebuah kawasan metropolitan yang teramai penduduknya di dunia. New York sebagai sebuah bandar raya global utama banyak mempengaruhi perdagangan, kewangan, media, kebudayaan, kesenian, fesyen, penyelidikan, pendidikan dan hiburan sedunia. Sebagai tuan rumah Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ia juga pusat siasah antarabangsa yang penting. Bandar raya ini terletak di atas sebuah pelabuhan semula jadi yang besar di pesisiran Atlantik negeri New York, bahagian timur laut Amerika Syarikat.
Wikipedia · CC BY-SA