The Search

The Search

Cape Town

Bandar raya Cape Town ialah salah satu ibu-ibu kota Afrika Selatan yang terletak di dalam wilayah Cape Barat, 60 km barat-daya dari Pretoria. Ia merupakan ibu negara perundangan di Afrika Selatan, serta ibu negeri wilayah Cape Barat dan mempunyai kepadatan pendudukan terbesar di negara ini. Antara tempat pelancongannya yang terkenal ialah Table Mountain suatu pergunungan yang rata di bahagian atasnya seperti sebuah meja yang besar. Selain itu, tempat ini masyhur kerana penjaranya di Pulau Robben yang telah menjadi penjara tahanan politik seperti Nelson Mandela.

Wikipedia · CC BY-SA