The Search

The Search

Detroit Electric

Detroit Electric adalah jenama kereta elektrik yang dikeluarkan oleh Anderson Electric Car Company di Detroit, Michigan, Amerika Syarikat. Anderson sebelum ini dikenali sebagai Anderson Carriage Company, mengeluarkan kereta kuda dan "buggy" sejak 1884. Pengeluaran kereta elektrik, digerakkan oleh bateri asid-plumbum boleh cas semula, bermula pada tahun 1907. Dengan tambahan AS$600.00, sebiji bateri nikel-besi Edison boleh didapati dari tahun 1911 hingga 1916. Kereta tersebut diiklankan sebagai boleh diharap untuk bergerak sejauh 130 bagi setiap kali cas, walaupun ujian sebenar kereta Detroit Electric mampu mencapai jarak 340.1 km untuk sekali cas. Kelajuan maksimum hanyalah 32 km/j, tetapi sudah dikira memadai untuk memandu di dalam kawasan bandar pada masa tersebut.

Wikipedia · CC BY-SA