The Search

The Search

Jepun

negara berdaulat di Asia Timur

Jepun merupakan sebuah negara pulau di Asia Timur, terletak di Lautan Pasifik di luar pantai timur laut Asia. Ia bersempadan di barat dengan Laut Jepun dan memanjang dari Laut Okhotsk di utara ke Laut China Timur di selatan. Kepulauan Jepun terdiri daripada empat pulau utama iaitu Hokkaido, Honshu, Shikoku, dan Kyushu dan ribuan pulau yang lebih kecil di Jepun, meliputi 377,975 kilometer persegi (145,937 bt2). Dengan populasi lebih daripada 125 juta pada tahun 2020, Jepun merupakan negara ke-11 paling ramai penduduk. Tokyo merupakan iobu negaranya dan bandar terbesar. Jepun dibahagikan kepada 47 kawasan pentadbiran "prefektur" dan 8 wilayah tradisional. Kira-kira tiga perempat daripada rupa muka bumi Jepun adalah bergunung-ganang dan berhutan lebat, menumpukan pertanian dan penduduk sangat bandar di sepanjang dataran pantai timurnya. Tokyo Raya merupakan kawasan metropolitan paling ramai penduduk di dunia, dengn lebih daripada 38 juta penduduk pada tahun 2016. Sebahagian daripada Lingkaran api Pasifik, pulau-pulau Jepun terdedah kepada kemusnahan gempa bumi dan tsunami.

Wikipedia · CC BY-SA

Japan · name — Jepun

dictionary.aplusz.app