The Search
Los Angeles
Bandar Raya/Kota Los Angeles, seringkali disingkatkan kepada L.A., merupakan sebuahbandar besar di barat Amerika Syarikat. Ia juga merupakan kota kedua terpadat di Amerika Syarikat dan merupakan bandaraya terbesar di California. Para penjelajah Sepanyol menamai sebuah sungai yang indah dalam bahasa Sepanyol: El Pueblo de Nuestra Señora la Reina de los Ángeles del Río de Porciúncula, dalam bahasa Melayu: "Desa Ibunda Kita Ratu dari para Malaikat di Sungai Porciuncula". Pada 4 September 1781, para penduduk dari Misi San Gabriel mendirikan bandar dan menamainya sesuai dengan nama sungai itu, namun dalam bentuk yang lebih singkat. Nama rasminya adalah El Pueblo de la Reina de los Ángeles, atau "Bandar Ratu dari para Malaikat."
Wikipedia · CC BY-SA