The Search

The Search

Misha Omar

Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia (lahir 1982)

Misha Omar adalah seorang penyanyi pop wanita Malaysia berbangsa Melayu yang sehingga kini telah memenangi 8 piala Anugerah Juara Lagu, 5 Anugerah Industri Muzik, 3 Anugerah Era & masing-masing sebuah trofi Festival Filem Malaysia dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Beliau berasal dari Machang, Kelantan dan mula menceburi bidang seni suara sejak berusia 19 tahun setelah menyertai pertandingan Bintang RTM 2001. Populariti beliau memuncak setelah meraih kejayaan menerusi lagu Bunga-bunga Cinta, dan terus bertahan popular hingga setanding dengan populariti penyanyi-penyanyi wanita lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Liza Hanim, Ning Baizura dan Jaclyn Victor sekaligus menjadi antara penyanyi wanita paling berpengaruh dan terlaris di era 2000-an. Misha berjaya mencatat jumlah penstriman melebihi 50 juta pada 2024 dengan purata pendengar bulanan sebanyak 250, 000.

Wikipedia · CC BY-SA